Wednesday 13 March 2013




Dalam Malaysia sendiri ada banyak pekan/bandar/daerah di mana kualiti bola sepak jauh lebih baik berbanding kawasan ibu negeri tempat pasukan2 negeri bermain, jadi kenapa tak benarkan pasukan2 drp kawasan ni bertanding sekali di liga malaysia? COMPETITION IMPROVES BREED dan pada pandangan saya, salah satu sebab kenapa malaysia gagal utk maintain dan improve kualiti bola sepak, adalah kerana kurang...nya competition antara players dan pasukan2 liga malaysia disebabkan saiz liga kita yg kecil berbanding jumlah penduduk dan keluasan negara. kebanyakkan negara2 yg kuasa bola sepak dunia ada saiz liga yg agak besar; england, itali, perancis, sepanyol ada 20 pasukan dlm liga teratas negara mereka. jerman ada 18 pasukan dlm bundesliga 1 dan di bawah liga2 ni, mereka disokong oleh liga2 bawahan yg mempunyai saiz yg sama dgn liga teratas mereka.

Jepun pun sebenarnya, melalui dasar decentralisation dan expansion (yg masih berterusan hingga hari ini), membentuk liga J mereka pd awal tahun 90an dulu mengikut aliran yg sama. skrg ini mereka ada 18 pasukan di liga J1 dan 22 pasukan dlm liga J2; dasar tersebut menjadikan liga jepun bukan setakat sbg liga terbaik di Asia, tp juga menjadikan mereka antara "kilang pengeluar dan pengeksport pemain" di dunia. korea selatan pun struggle nak hasilkan pemain yg bagus on regular basis berbanding jepun kerana saiz liga yg kecil (12 pasukan utk K-League 1, 8 pasukan utk K-League 2). tak percaya? cuba kira berapa banyak player korea selatan yg berjaya buat impak di luar negara berbanding jepun drp awal tahun 2000 sampai skrg. malah player2 jepun jauh lebih laku di liga eropah berbanding player korea selatan bila dikira melalui direct transfer drp liga kebangsaan masing2.




sgt ironik yg liga malaysia cuma ada 24 pasukan pro utk negeri yg seluas 360,000km persegi dgn populasi 29 juta - england yg seluas 160,000km persegi dgn populasi 52 juta ada 96 pasukan pro. to put everything into perspective:




- kalau malaysia nak sama dgn england drp segi ratio pasukan kpd penduduk, malaysia kena ada 52 pasukan pro.

- kalau malaysia nak sama dgn england drp segi ratio pasukan kpd keluasan, malaysia kena ada 232 pasukan pro.

ini menjelaskan yg liga mereka punya scouting coverage lebih menyeluruh ke seluruh pelusuk negara dan ni menjelaskan kenapa di malaysia banyak bakat2 di kawasan luar daerah tidak dpt dicapai. saiz kecil juga bermaksud kurang persaingan antara pemain utk sarung jersi negara dan kurangnya persaingan antara pasukan utk bentuk pemain terbaik. benar yg persaingan berlaku di peringkat awal pemilihan pemain, tp pd yg terpilih mereka gagal utk maintain kualiti kerana kurangnya persaingan antara pemain2 yg terpilih utk main di liga malaysia utk sarung jersi pasukan kebangsaan. semua harus sedar dan faham yg COMPETITION IMPROVES BREED, dan ini yg diperlukan oleh pasukan Malaysia skrg.

jika kita mahu mengikut jepun - menjadi "kilang pengeluar pemain2" dan industri bola sepak kita mampu berdiri sendiri - kita perlu expand liga kita. saya (dan beberapa org penyokong di malaysia) adalah antara proponents dan early convert kpd idea league expansion mengikut acuan liga jepun dan liga2 eropah. pasukan2 negeri sekarang spin-off kpd pasukan ibu negeri (kelantan-kota bharu, selangor-shah alam, johor-johor bharu, perak-ipoh, penang-georgetown) dan promote pasukan2 drp daerah/pekan/bandar lain utk bertanding sekali dlm liga malaysia. pasukan2 organisasi dan syarikat besar (mcm ATM, Sime Darby, PKNS, UPM) perlu juga spin-off drp parent organisation/company masing2 dan relocate ke pekan/bandar/daerah yg boleh bg mereka strong support. gunakan role model mcm fc barcelona dan real madrid di sepanyol di mana penyokong dan peminat menjadi pemilik melalui keahlian dlm kelab dan pasukan (in exchange of voting rights in the club). dgn discharge pembentukan & pengurusan kelab kpd para penyokong, mereka akan ada far greater say dlm halatuju pasukan kesayangan mereka dan by spirit pun football is being returned to its rightful owner; the fans and the supporters.

saiz liga yg sesuai utk membolehkan bola sepak kebangsaan capai ke seluruh pelusuk malaysia ialah 40 pasukan pro dan 40 pasukan semi-pro dgn breakdown seperti berikut:

1. Liga Super (Pro): 20 pasukan
2. Liga Perdana (Pro): 20 pasukan
3. Divisyen 1 (Semi-Pro): 20 pasukan
4. Divisyen 2 (Semi-Pro): 20 pasukan

jd setiap liga akan ada kurang2 38 perlawanan kompetitif setahun, yg mana sama banyak dgn EPL, La Liga, Serie A, dan Ligue 1 di eropah. Malah ada extra 4 perlawanan berbanding liga J-1 Jepun yg cuma ada 18 pasukan. lebih perlawanan akan demand lebih usaha drp players utk jaga fitness dan form sepanjang tahun, membolehkan penekanan yg lebih kpd unsur konsistensi dlm persembahan sepanjang musim berbanding skrg. malaysia perlukan pasukan dan pemain yg boleh peform secara konsisten sepanjang musim, bukannya bermain bagus ketika musim liga dan tidak ketika musim Piala Malaysia.

bermain di kawasan daerah/pekan/bandar di luar ibu negeri bukan bermakna kualiti bola sepak lebih inferior; malah dlm banyak kes, kualiti bola sepak jauh lebih baik kerana penduduk kawasan luar bandar (lebih2 lg di kampung) mempunyai lebih banyak masa utk bermain bola dan fanbase di kawasan2 sebegini lebih kuat. bila fanbase di kawasan sebegini lebih kuat berbanding di kawasan ibu negeri, kenapa tidak kita encourage pembentukan pasukan liga M mewakili kawasan2 tersebut? di kawasan daerah/pekan/bandar di serata malaysia ada banyak existing football/sporting facilities yg underutilised dan boleh diguna utk liga M, jd kenapa kita tak gunakan sepenuhnya apa yg ada? beberapa daerah ada stadium mini, kenapa tak gunakan sbg home ground pasukan daerah/pekan/bandar liga M? beberapa daerah pun ada pusat sukan komuniti, kenapa tak gunakan sbg pusat latihan pasukan liga M? tempat2 seperti Klang, Taiping, Temerloh, Raub, Sungai Petani, Langkawi, Miri, Tawau, Sandakan, Tampin, Sungai Siput, Pasir Mas, Gua Musang, Rawang, Sungai Buloh, Labuan, Putrajaya, Pasir Gudang, Muar, Kota Tinggi ada jumlah populasi yg cukup utk menyokong pasukan liga malaysia melalui sistem club membership dan memberikan direct access kpd bakat2 di luar bandar utk bermain di peringkat kebangsaan tanpa perlu bergantung kpd sistem sukan sekolah.

bila pasukan2 ni bermain di daerah/bandar/pekan masing2, mereka boeh generate income kpd kawasan setempat melalui sport tourism dan menjadi pride & joy kpd masyarakat. dan lebih mudah utk mereka dtg ke stadium setiap kali game kerana lebih dekat dgn kawasan mereka. bila persaingan berganda di antara pemain dan pasukan, kualiti pun akan meningkat dgn sendirinya. akhirnya, dlm liga M sendiri boleh ada 40 pasukan pro dlm 2 level liga teratas dgn 40 pasukan semi pro dlm 2 level liga seterusnya. pasukan2 dgn nama seperti Taiping, Langkawi, Gua Musang, Kota Tinggi, Temerloh, Miri, Tawau, Kemaman, Bukit Mertajam, Tampin, Rawang, dgn majoriti pemain anak tempatan tanpa perlu membeli drp luar - menjadikan liga malaysia benar2 disertai oleh pasukan2 seluruh pelusuk negara. dan kita pun boleh melihat derby games antara pasukan2 drp negeri yg sama, sama seperti apa yg kita lihat di luar negara mcm man utd vs man city, real madrid vs atletico madrid, inter milan vs ac milan, bayern munich vs 1860 munich. bila ini berlaku, pasukan2 pekan/bandar/daerah/bandaraya will rightfully and meritoriously earn their place in the league kerana mereka ada strong fan/supporters base beserta dgn management yg bagus & player2 tempatan yg dilatih dgn baik. bukan kerana mereka ada sponsor yg kaya dan/atau star players yg dibeli dgn harga mahal sambil mengharapkan peminat dtg ke stadium dan memberi sokongan terhadap pasukan kerana star players yg dibeli.
Face4ad.com | Advertising Classified Ads
malah saya pun cadangkan yg Piala Malaysia atau Piala FA digabungkan utk membentuk pertandingan piala kebangsaan yg mempunyai format selari dgn liga2 terkemuka dunia. Nama dan piala masih menggunakan nama Piala Malaysia dan Piala FA, namun format ialah single-round knockout seperti Piala FA - menjadikan Piala Malaysia seperti Piala FA Inggeris, Piala Maharaja Jepun, dan Piala Jerman drp sudut format dan tarikan. semua 80 pasukan drp liga kebangsaan akan disertai oleh 48 pasukan amatur lain drp liga2 negeri, dan kesemua pasukan diundi secara terbuka tanpa sebarang bentuk seeding atau perlindungan drp pusingan pertama lg utk menjamin elemen kejutan sewaktu undian dan giant-killing sewaktu perlawanan. format baru ini akan dijalankan secara selari dgn musim liga sepertimana skrg yg berlaku di Liga Super/Perdana dgn Piala FA.
Face4ad.com | Advertising Classified Ads

Jepun dah buktikan yg decentalisation policy dan league expansion berjaya memberikan mereka constant stream of talents utk pasukan kebangsaan, dgn cara relocate pasukan2 drp kawasan bandaraya yg kurang penyokong kpd kawasan2 luar bandaraya yg mempunyai base football supporters yg kuat di samping promote pasukan2 yg bermula drp bawah di kawasan2 daerah lain yg mempunyai kekuatan penyokong yg sama. jerman pun mengamalkan sistem persekutuan dan setiap negeri di jerman ada FA sendiri tetapi pasukan yg menyertai bundesliga ialah pasukan pekan/bandar/daerah, dan kelab mereka berjaya menang piala continental pertama pada tahun 1966, hanya 3 tahun selepas bundesliga dibentuk - malah dlm tempoh 33 tahun sahaja, pasukan kebangsaan jerman berjaya menang 2 world cup dan 3 euro. real madrid dan barcelona sendiri, walaupun tidak mempunyai penaja yg besar seperti MU tetapi masih boleh bersaing dlm pembelian player2 kerana adanya sokongan drp penyokong melalui paying membership. kenapa kita tidak boleh lakukan semua tu di malaysia?  

  

Face4ad.com | Advertising Classified AdsFace4ad.com | Advertising Classified Ads